Monday, December 6, 2010

Protes Rundingan FTA dengan European Union , EU-FTA



Hari ini lebih 15 wakil daripada Gabungan Membantah FTA telah berkumpul di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Jalan Duta untuk menghantar memorandum kepada Menteri membantah Rundingan EU FTA dan juga TransPacific Partnership Agreement dengan US yang akan berlangsung dari 6-10 Disember 2010 di Belgium dan New Zealand. Turut serta ialah ADUN Kota Damansara Dr Nasir Hashim yang juga Pengerusi Parti Sosialis Malaysia.

Delegasi ini pada mulanya mengadakan sidang akhbar dan kemudian meminta untuk berjumpa wakil menteri untuk menyerahkan memorandum. Pengarah Kanan Pn Tay Lee Loi telah berjumpa dengan delegasi untuk menerima memorandum. Beliau mengatakan bahawa pihak MITI akan menjawab isu-isu yang pihak gabungan telah utarakan.

Ini adalah inisiatif pertama pihak gabungan untuk memberi tekanan kepada pihak kerajaan untuk menghentikan rundingan EU FTA ini. Minggu depan semasa rundingan sedang berlaku, pihak Gabungan Membantah FTA telah merancang satu protes di hadapan Pejabat Kesatuan Eropah untuk membantah tindakan mereka cuba menjajah Malaysia secara pintu belakang.

No comments:

Post a Comment