Thursday, September 30, 2010

Pasar Baru Pekan Subang Siap !!





Projek pembinaan pasar baru Pekan Subang oleh syarikat Seri Gaya terbengkalai sejak sebelum tahun 2008. Dibawah pemerintahan baru selepas Mac,2008 ,beberapa usaha telah diambil untuk menjayakan projek ini . Sebaik sahaja mendengar rungutan peniaga pasar , suatu mesyuarat bersama Datuk Bandar telah diadakan pada bulan Jun,2008 atas permintaan ADUN Kota Damansara Dr.Nasir Hashim. Saya telah menghadiri mesyuarat tersebut bersama Dr.Nasir. Pada ketika itu pihak Seri Gaya memberikan pelbagai alasan kenapa projek tersebut lewat disiapkan . Atas desakan pihak ADUN dan pemantauan berkala MBSA sejak itu , maka kini pasar tersebut siap .

Senarai peniaga juga telah dikenalpasti dan mereka akan berpindah tidak lama lagi .
Dengan terbukanya pasar ini , maka ia akan memudahkan para penduduk U5, U3 dan U6 dan kawasan berhampiran membeli keperluan harian .

No comments:

Post a Comment