Friday, September 10, 2010

Hari Raya bersama Said Zahari

10 hb.Ogos,2010 - Hari Raya bersama Sdr .Said Zahari dirumahnya di Subang Jaya. Sdr.Said Zahari atau lebih dikenali sebagai Pak Said merupakan seorang wartawan dan aktivis politik yang amat dihormati. Beliau berkhidmat sebagai wartawan Utusan Melayu pada zaman sejak sebelum kemerdekaan . Utusan Melayu pada ketika itu menjadi suara rakyat menyuarakan hasrat kemerdekaan daripada penjajahan British. Tekanan dan himpitan yang diterima oleh Said Zahari dalam mempertahankan Utusan Melayu sebagai akhbar bebas daripada mana-mana tekanan parti politik memaksa beliau melancarkan mogok Utusan pada Julai 1961 yang akhirnya membawa beliau tersingkir daripada Malaya.
Oleh kerana penulisan dan aktivis nya, maka beliau dipenjarakan oleh Lee Kuan Yew selama
17 tahun sehingga dibebaskan pada 22 Ogos, 1979. Perjuangan beliau amat rapat dengan perjuangan nasionalis kiri bersama rakan seperjuangan di Socialist Front (Singapura) dan Barisan Sosialis (Malaya) pada ketika itu.

No comments:

Post a Comment