Pada 9hb.Ogos,2010, satu mesyuarat telah diadakan di Jabatan Kejuruteraaan MBSA mengenai persiapan Persiaran Atmosfera dan Persiaran Cakerawala(jalan ke Pejabat Daerah baru U5) . Berikutan lawatan oleh Datuk Bandar,2 minggu yang lalu ke tapak ini , maka pihak Juta Permai dan Worldwide telah didesak untuk menyiapkan kedua-dua Persiaran ini dengan segera.
Sejak tahun 2008 saya telah mendesak pihak MBSA untuk memastikan pihak pemaju terutamanya Juta Permai ( Merge Housing) untuk tidak memberikan alasan lagi dan menyiapkan jalan-jalan tersebut . Dengan kerjasama bekas Pengarah Kejuruteraan, En.Ir.Hj.Cheremi Tarman beberapa mesyuarat telah diadakan bersama pemaju -pemaju tersebut.
Sejak Pengarah baru En.Ir.Rusli Yunus mengambil alih jawatan Pengarah Kejuruteraan , saya telah ,membawa beliau ke U5 ,menerangkan satu persatu kerja-kerja infra yang masih tertunggak dikawasan ini .
Kini kebanyakkan Persiaran utama hampir siap . Pihak Worldwide memaklumkan bahawa di Persiaran Atmosfera, peringkat crusher run telah siap 90%, Premix 50% dan Streetlight 80 % . Worldwide juga telah membina T Shape Wall dibahagian jalan yang bersempadan dengan Sungai Kedondong.
Kerja Persiaran Atmosfera terbahagi kepada dua pihak , sebahagian oleh Worldwide dan sebahagian oleh Juta Permai . Pada mesyuarat ini kedua-dua pihak memberikan date line menyiapkan jalan-jalan ini pada akhir bulan September, 2010.
Justeru itu adalah diharapkan, semua penduduk dan penguna jalan raya ke Pejabat Daerah baru ini dapat berjalan dari Persiaran Cakerawala terus ke Persiaran Atmosfera ini pada awal bulan Oktober , 2010 nanti .
No comments:
Post a Comment