Pada 1 hb.Ogos, 2010 ,saya bersama Dr.Nasir ,ADUN Kota Damansara telah menghadiri Hari Keluarga Penduduk Taman Mutiara Subang. Seramai lebih kurang 400 orang penduduk telah memeriahkan aktiviti ini .
Para penduduk , dalam ucapan mereka telah mengingatkan kepada saya mengenai keperluan mereka untuk mendirikan satu pusat komuniti Mutiara Subang . Satu shed kekal dicadang untuk didirikan di atas gelanggang badminton taman permainan taman tersebut .
Oleh kerana taman tersebut adalah kepunyaan MBSA dan untuk kegunaan awam , maka apa juga pendirian bangunan harus mendapatkan kebenaran MBSA .
Setelah berbincang dengan Jabatan Perancang, maka dicadangkan penduduk mengutip tandatangan menyokong pendirian Pusat Komuniti tersebut.
Adalah diharapkan usaha ini akan diluluskan oleh MBSA dan hasrat penduduk untuk membina suatu Pusat Komuniti Mutiara Subang akan tercapai.
No comments:
Post a Comment