12hb.Ogos,2010- Hari ini merupakan suatu hari yang penting kerana buat pertama kalinya kita dapat mengadakan perjumpaan dengan kumpulan Orang Kelainan Upaya.(OKU).
En.Murugeswaran,Pengerusi Damai DPA bersama dengan En.Mano dan Pn. Mehboob Sulaiman daripada Damai Disabled Persons Association telah mengadakan dialog dengan Jawatankuasa Mampan ,LA21 MBSA di Jabatan Perancang pagi ini.
Sejak bulan lepas saya telah menghubungi En.Murugeswaran (beliau juga adalah penduduk U5 , Shah Alam) mengenai keinginan saya untuk mengadakan dialog bersama dengan persatuan mereka. Memang menjadi hasrat saya untuk menjadikan Shah Alam ini sebagai bandaraya yang 'disable people friendly'.
Di MBPJ pula sudah pun ada seorang wakil OKU sebagai seorang Ahli Majlis . Justeru itu dengan adanya kerjasama dan dialog berterusan dengan Damai ,maka MBSA juga akan bergerak kearah menyediakan kemudahan yang sesuai kepada semua golongan masyarakat.
Diantara perkara yang telah dipersetujui ialah ;
1) Audit khas bersama MBSA dan Damai menilai kemudahan bangunan MBSA dan juga kemudahan awam di Shah Alam
2) Mengenal pasti suatu lokasi yang sesuai untuk memulakan projek perintis
3) Seminar mengenai peranan majlis memahami keperluan golongan OKU dan kearah membentuk polisi dan garispanduan pembangunan dan kemudahan awam yang 'disable friendly'
No comments:
Post a Comment