Sunday, August 15, 2010

Bantahan 24 jam Penduduk Flat Taman Permata, Dengkil





Pada 14hb.Ogos,2010 saya menyertai suatu protes oleh rakyat yang sungguh berbeza, kerana ianya dijalankan secara terus menerus selama 24 jam . Protes ini dianjurkan oleh penduduk pangsapuri Taman Permata,Dengkil dan Parti Sosialis Malaysia(PSM)
Mereka ini adalah mangsa pembangunan Putrajaya yang telah dipinggirkan oleh bekas PM Tun Mahathir Mohamad.
Apabila pusat pentadbiran Kerajaan Pusat dipindahkan ke Putrajaya, seramai 1000 keluarga penduduk asal tapak Putrajaya dipaksa berpindah ke pangsapuri kos rendah Taman Permata.

Mereka ini adalah penduduk asal dimana bangunan2 megah Putrajaya berdiri sekarang .
Mereka telah bekerja diladang Prang Besar, Sedgeley, Madingley dan Galloway.

Apabila Mahathir mendesak untuk pembinaan Putrajaya maka pekerja ladang ini dipindahkan
tanpa kerelaan mereka ke pangsapuri Taman Permata. Sejak itulah masalah ini bermula kerana
masalah structural pembinaan rumah pangsa kos rendah ini serta lokasi yang tidak sesuai.
Kini selepas lebih 10 tahun menduduki rumah tersebut , keadaannya amat teruk sekali dan tidak lagi selamat untuk diduduki

Justeru itu, setelah gagal menerima respon dari Kerajaan Negeri selama ini , maka penduduk bersama PSM telah melancarkan protes besar 24 jam untuk menarik perhatian pihak berkuasa agar segera menyelesaikan masalah mereka.

YB Iskandar dan juga YB Xavier juga turun semasa protes ini memberikan komitmen untuk menyelesaikan masalah penduduk .

No comments:

Post a Comment