Pada 28hb.Julai, Ahli Majlis kaum India telah dijemput ke mesyuarat bersama staf kaum India MBSA. Mereka bergerak melalui Badan Amal Kaum India MBSA atau ringkasnya BAKI. Sejak tahun 2008 BAKI telah aktif menjalankan pelbagai aktiviti untuk kebajikan pekerjanya seperti bantuan , jamuan Deepavali dan sebagainya . Projek yang berjaya telah diadakan pada awal tahun ini iaitu Perayaan Ponggal secara besar-besaran di Dataran Shah Alam.
Sebelum ini BAKI tidak memperolehi apajua peruntukkan tetap dari MBSA. Pada tahun lepas saya bersama Ahli Majlis yang lain menuntut agar badan tersebut diberikan satu peruntukkan yang tetap semasa mesyuarat Bajet 2010. Hasilnya kini BAKI diperuntukkan sedikit peruntukkan melalui kelab staf MBSA.
Aktiviti seterusnya yang dirancang ialah Seminar UPSR untuk semua sekolah Tamil di Shah Alam . Seminar ini akan diadakan di Dewan Banquet MBSA pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak .
No comments:
Post a Comment