Pada 16hb.Julai, 2010, sebuah rumah anak yatim di Subang Bestari ( berhampiran dengan Jalan Matahari, U5) terbakar hangus . Nasib baik tiada kemalangan jiwa berlaku . Malangnya tidak apa jua peralatan atau harta anak murid dapat diselamatkan .
Kini seramai 20 pelajar anak yatim tersebut menumpang disebuah rumah di Kg.Melayu Subang . Setelah melawat rumah yang terbakar tersebut Pejabat ADUN dan Pejabat Ahli Majlis Zon 18 telah menghulurkan sedikit bantuan kecemasan untuk memenuhi keperluan segera anak-anak tersebut .
Pada 19hb.Julai , Dr.Nasir Hashim telah menyumbangkan sebanyak RM 1000 dan Ahli Majlis Sivarajan telah menyumbangkan sebanyak RM 500.
Salam... saya nak cari contact untuk rumah anak yatim kota damansara.. bagaimana saya nak hubungi mereka? boleh tolong email saya jika anda ada contact mereka.. terima kasih..
ReplyDeleteehouzie@gmail.com
salam.kami pelajar uitm nak datang beri sumbangan boleh tak?
ReplyDelete