Monday, December 6, 2010

Protes Bantah Pindaan Akta Kerja di Shah Alam



Pada 12hb.Oktober,2010 yang lalu Parti Sosialis Malaysia dan Jaringan Rakyat Tertindas(JERIT) telah mengadakan piket diseluruh negara membantah rancangan Kerajaan BN untuk meminda Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja. Pindaan-pindaan ini dicadangkan tanpa rundingan yang mendalam dengan pihak Kesatuan dan pekerja .

Pindaan yang dicadangkan akan menghakis hak pekerja kerana;

Menjejaskan hubungan kerja antara majikan utama dan pekerja apabila peranan sub kontraktor yang membekalkan pekerja diutamakan. Kontraktor pembekal pekerja menjadi majikan utama.

· Ramai pekerja bergantung kepada gaji OT untuk menyara hidup ,kerana gaji asas(basic) yang rendah. Kini jika majikan dibenarkan melewatkan pembayaran gaji OT sehingga 30 hari maka ianya akan menyukarkan kehidupan ribuan pekerja.

· Pekerja percubaan dirampas haknya untuk mendapatkan keadilan jika ianya diberhentikan kerja kerana pindaan akan menghalangnya menfailkan kes di Jabatan Perhubugan Perusahaan. Ini adalah jelas bertentangan dengan hak rakyat individu untuk mendapatkan keadilan dimahkamah .

· Memberikankan peluang kepada majikan menuntut pengiktirafan kesatuan di nilai semula selepas 5 tahun.Ianya jelas berniat jahat dan merupakan suatu cubaan untuk membubarkan kesatuan.

Piket tersebut dirancang untuk diadakan pada jam 5 petang,12hb.Ogos,2010. Tiba-tiba pada tengahari hari tersebut, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’Maznah mengumumkan bahawa kertas cadangan pindaan Akta Kerja ditarik balik agenda Parlimen! Ini merupakan suatu kejayaan kepada warga pekerja kerana tindakan piket dan bantahan rakyat dapat mendesak Kerajaan untuk menghentikan pembentangan Akta ini di Parlimen.

No comments:

Post a Comment