Thursday, September 30, 2010

Persiaran Atmosfera ,pemaju gagal patuhi tarikh siap!


Pada 27hb.September, 2010 yang lalu, lawatan tapak memantau perkembangan kerja Persiaran Atmosfera telah dilaksanakan bersama Pengarah Kejuruteraan dan pemaju . Pihak pemaju Worldwide pada ketika ini menempati jadual dan jangka akan menyiapkan skop kerja mereka pada pertengahan bulan Oktober, 2010.

Masalahnya ialah pemaju Juta Permai(Merge Housing) yang masih gagal menyiapkan skop kerja mereka . Setelah siap Persiaran Atmosfera ini akan menyambungkan Persiaran Cakerawala ( dekat Petronas Subang Bestari) terus ke jalan Pejabat Daerah baru, Subang Suria dan Subang Intan.

Kerja jalan ini patut disiapkan oleh dua pemaju ,Worldwide dan Juta Permai. Bahagian kerja Juta Permai adalah pada pertengahan laluan tersebut sepanjang 200 meter sahaja.

Walaupun Worldwide akan menyiapkan kerja mereka tetapi Persiaran ini masih tidak dapat dilalui oleh kerana kelewatan kerja Juta Permai.
Sudah beberapa kali saya bersama dengan pihak MBSA memarahi dan bertegas dengan Juta Permai tetapi mereka masih gagal menempati janji mereka .
Pengarah Kejuruteraan akan memaklumkan kelewatan Juta Permai tersebut kepada Datuk Bandar agar tindakan yang lebih drastik dapat diambil atas pemaju Juta Permai ini .

No comments:

Post a Comment