Sunday, July 25, 2010

Persiaran Angkasa dibuka untuk laluan


Kini setelah hampir 5 tahun , laluan Persiaran Angkasa telah berjaya dibuka kepada laluan motor dan kereta . Kawasan U5 ini menghadapi masalah kerana pembangunan yang tidak sekata. Pemerintah dahulu telah membenarkan pembangunan dalam parcel-parcel yang kecil oleh pelbagai pemaju . Akibatnya ialah infrastruktur seperti jalanraya yang enggan disiapkan oleh pemaju dengan alasan ianya bukan dibawah skop kerja nya . Maka Persiaran Angkasa terbiar kian lama dan tidak boleh digunakan kerana jalan sepanjang 20kaki tidak disiapkan ! Maka laluan tergendala dan jalan menjadi jalan mati.
Selepas desakan MPP dan Ahli Majlis , akhirnya laluan ,20kaki tersebut dapat disiapakan dan dibuka untuk kegunaan awam pada tahun 2009.

No comments:

Post a Comment